Header Ads

Wanita India diarak berbogel atas keldai

Seorang wanita India telah dimalukan dengan dibogel dan diarak di atas keldai ataa arahan penduduk tua sebuah kampung di Daerah Rajsamand di Rajasthan. Wanita berkenaan turut diconteng mukanya dan dihitamkan dengan arang.

Ia berpunca daripada tuduhan ke atas wanita berusia 45 tahun yang tak disebut namanya itu yang menyebabkan kematian anak saudaranya sendiri. Polis setakat ini menahan 39 orang berkaitan kes 'main hakim sendiri' itu.

Pegawai polis tempatan, Shweta Dhankhad berkata kepada BBC Hindi, pada 2 November lalu, seorang lelaki berusia 45 tahun bernama Vardi Singh didakwa bunuh diri di kampung, Thurawad.

Tiga hari selepas pengebumian, isteri dan beberapa keluarganya telah membuat laporan polis kerana mengesyaki mangsa dibunuh ibu saudaranya sendiri.

Pada Sabtu lalu mereka melaporkan kepada penduduk kampung sebelum penduduk warga tua kampung berkenaan bersetuju dengan dakwaan pihak keluarga bahawa Vardi Singh mati di tangan makciknya itu. Sedangkan, siasatan belum lagi selesai.

Penduduk warga tua kampung berkenaan telah mengarahkan 'main hakim sendiri'. Wanita yang disyaki itu kemudiannya dibotakkan, mukanya dihitamkan dengan arang, kemudian dibogelkan sebelum diarak mengelilingi kampung di atas keldai.

"Ia merupakan insiden yang memalukan, wanita itu diperlakukan sedemikian atas arahan penduduk kampung," kata Shweta Dhankhad seperti dipetik dari BBC pada Isnin.
Dikuasakan oleh Blogger.