Header Ads

Warga emas didapati tidak bersalah selepas 17 tahun dipenjara

Mahkamah akhirnya memutuskan bahawa warga emas berusia 59 tahun tidak bersalah dalam satu perbicaraan kes bunuh. Tidak benar jika beliau membunuh seorang lelaki yang merempat.

Namun begitu, keputusan tidak bersalah itu hanya dikenali selepas Susan MELLEN telah menjalani hukuman penjara 17 tahun di penjara California, Amerika Syarikat. Wanita tua itu kini telah pun bebas.

"Amat teruk apa yang telah berlaku padanya," kata hakim Mark Arnold seperti dipetik News.com.au, hari ini.

Hakim itu membatalkan hukuman ke atas Susan, iaitu tuduhan membunuh ke atas lelaki merempat, Richard Daly pada tahun 1997.

Ketika itu, hakim telah menjatuhkan hukuman penjara kepada Susan selepas mendengar keterangan saksi yang menyatakan wanita itu yang melakukan pembunuhan.

Kemudiannya, tiga ahli geng motor didapati bertanggung jawab atas kematian Richard, sebelum hukuman bersalah ke atas Susan dibicara semula.

Hukuman yang telah dihadapi tanpa berbuat jenayah, Susan memfailkan saman ganti rugi terhadap kerajaan sebanyak US$100 (RM336) sehari, didarab dengan jumlah hari warga emas berkenaan telah menghabiskan masa di penjara.
Dikuasakan oleh Blogger.