Header Ads

ADUN PKR letak jawatan?

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam di Sabah, Dr Roland Chia daripada PKR dilaporkan akan meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat kerana mendakwa berdepan masalah kesihatan.

Namun keputusan perletakan jawatannya itu belum dapat disahkan samada telah pun berbuat demikian atau pun masih dalam rundingan untuk berbuat demikian.

Menurut setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli, PKR negeri mengesahkan Roland mempunyai masalah kesihatan namun status perletakan jawatannya sebagai ADUN belum dapat disahkan.

Semalam, tersebar di laman sosial berita tentang perletakan jawatan Roland sebagai ADUN Inanam berikutan status Facebook dan Twitter milik wakil rakyat itu ada menulis bahawa Roland akan berbuat demikian kerana berdepan masalah kesihatan sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi di kawasan yang diwakilinya selama 17 bulan.

Namun PKR Sabah mendakwa Roland masih sebagai ADUN Inanam kerana DUN Sabah belum menerima surat pengesahan perletakan jawatan dari wakil rakyat berkenaan mereka belum menerima surat secara rasmi perletakkan jawatan itu.

Jika perletakan jawatan Roland berlaku, satu pilihanraya kecil (PRK) bakal diadakan di Sabah bagi mengisi kekosongan berkenaan.

Dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lalu, Roland menewaskan calon BN, Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Maju Sabah, Enchin Majimbun dengan majoriti 3,202 undi. Roland memperolehi 8,926 undi mengalahkan Jospeh Paulus dengan 5,724 undi manakala Enchin mendapat 5,003 undi.
Dikuasakan oleh Blogger.