Header Ads

AFF Cup: Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam dalam aksi separuh akhir pertama

Pasukan Harimau Malaya terpaksa akur kehebatan lawan di laman sendiri selepas tewas 1-2 kepada Vietnam dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Skuad negara terlebih dahulu berada di hadapan selepas kapten pasukan, Safiq Rahim berjaya meledakkan jaringan menerusi sepakan penalti di minit ke-13 apabila bola terkena tangan pemain Vietnam di dalam kotak penalti sebelum itu.

Namun kegembiraan penyokong tuan tidak bertahan lama apabila Vietnam menyamakan kedudukan di minit ke-31 apabila Vo Huy Toan berjaya menyambar bola muntah daripada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat walaupun berjaya menepis bola cubaan pertama penyerang Vietnam.

Babak kedua permainan bermula, aksi anak buah Dollah Salleh tetap tidak banyak berubah. Barisan pertahanan dilihat semakin longgar sekaligus memudahkan pemain-pemain Vietnam melakukan cubaan berbahaya ke arah pintu gol negara.

Vietnam yang bermain dengan permainan pantas menyebabkan skuad negara semakin untuk menambah gol bahkan serangan lawan semakin sukar dihalang pemain negara.

Kealpaan pertahanan dan kelincahan pemain lawan, Nguyen van Quyet yang berjaya melepasi dua pertahanan negara, Zubir Azmi dan Mohd Muslim sekaligus melakukan rembatan kencang dengan kaki kiri menewaskan Khairul Fahmi untuk gol kedua Vietnam pada minit ke-60.

Dollah yang dilihat silap melakukan percaturan apabila gagal membawa masuk Abdul Manaf Mamat dan Indraputra Mahyudin lebih awal walaupun kedua-dua pemain itu beraksi baik sepuluh minit terakhir selepas dibawa masuk. Namun ia usaha terakhir itu gagal memberi sekurang-kurangnya satu mata buat Malaysia sebagai bekal untuk aksi timbal balik nanti.

Perlawanan timbal balik separuh akhir kedua akan diadakan di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam, Khamis ini. Anak buah Dollah tidak ada pilihan lain kecuali menang sekurang-kurangnya dua gol di sana jika mahu layak ke perlawanan akhir kejohanan Piala AFF 2014 nanti.
Dikuasakan oleh Blogger.