Header Ads

AFF Suzuki Cup: Thailand mara ke final

Juara tiga kali, Thailand menewaskan Filipina 3-0 dalam perlawanan separuh akhir pada Rabu untuk mara ke final AFF Suzuki Cup buat kali ketujuh.
Thailand mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 selepas berjaya menewaskan Filipina 3-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama, kedua-dua pasukan seri 0-0 di Manila.

Tujuh minit perlawanan bermula, Thailand telah mendahului perlawanan 1-0 melalui jaringan Chanathip.

Separuh masa kedua bermula, Thailand menggandakan usaha di hadapan ribuan penyokong sendiri untuk berada lebih selesa di depan. Minit ke-57, akhirnya membuahkan hasil apabila Prakit Deeprom telah membuat hantaran bola kepada Kroekrit sebelum melakukan jaringan menjadi kedudukan Thailand lebih selesa 2-0.

Filipina lebih menderita selepas pemainnya, Martin Steuble dibuang padang apabila mengutip dua kad kuning selepas mengasari pemain tuan rumah di penghujung perlawanan sekaligus memberi ruang kepada skuad 'Gajah Perang' mencari gol ketiga melalui Kroekrit yang mencatat dua gol dalam perlawanan berkenaan.

Thailand akan berdepan dengan salah satu pasukan yang akan menang dalam satu lagi perlawanan separuh akhir antara Malaysia vs Vietnam yang akan ditentukan hari ini, Khamis di Hanoi.

Sementara perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Bangkok pada 17 Disember ini.
Dikuasakan oleh Blogger.