Header Ads

Ajak gadis bersetubuh tapi curi duit ketika mangsa mandi

Seorang pekerja stesen televisyen NHK mengajak seorang gadis 17 tahun melakukan hubungan seks sebelum mencuri wang 33 ribu yen (RM951) ketika gadis berkenaan sedang mandi. Peristiwa ini berlaku di sebuah hotel di Asahikawa, Hokkaido, Jepun.

Namun polis sudah pun berjaya menahan pekerja NHK tersebut, Rabu lalu.

"Kami menangkap Akihiro Kosugi, 27, pekerja NHK bahagian engineering kerana terbukti beliau mencuri wang gadis berusia 17 tahun," kata polis kepada akhbar, pada Rabu lalu.

Tiga bulan lalu, polis Hokkaido telah mendapat laporan kecurian dari seorang gadis usia 17 tahun bahawa wang di dompetnya dicuri seorang lelaki ketika beliau mandi di bilik sebuah hotel di bandar Asahikawa, Hokkaido.

Sebelumnya, lelaki berkenaan mengajak melakukan hubungan seks selepas berkenalan dengannya melalui sebuah laman web mencari cinta Jepun.

Setelah masuk ke hotel di Nagayama, seperti biasa, wanita berkenaan mandi terlebih dulu. Ketika itulah dompetnya dibuka, wang tunai 33 ribu yen dicuri Kosugi.

Kemudian, Kosugi pun terus berlalu ke lobi hotel untuk membayar wang hotel sebelum melarikan diri.

Pihak turut mengesahkan mereka berdua memang sah berkenalan dari laman berkenaan.

Mengulas mengenai kes berkenaan, pihak NHK membuat penyesalan dalaman dan cuba menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

"Kami kesal kejadian tersebut dan hal itu sedang disiasat. Pelaku akan mendapat hukuman berat apabila bersalah," ujar pihak NHK.
Dikuasakan oleh Blogger.