Header Ads

Banjir terburuk melanda Pantai Timur

Banjir terburuk melanda negeri-negeri di pantai timur, Perak, Perlis dan Sabah menyaksikan kira-kira 58,705 orang penduduk yang menjadi mangsa terpaksa berpindah.

Menurut Bernama, jumlah banjir mengikut negeri, Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 24,765 orang, diikuti Terengganu (21,606), Pahang (10,825), Perak (1,030), Sabah (336) dan Perlis (143).

Dilaporkan tiga buah helikopter terpaksa dikerahkan bagi memghulurkan bantuan kepada mamgsa di Kelantan terutama di kawasan yang dilanda banjir paling teruk dalam tempoh 30 tahun, Gua Musang dan Kuala Krai yang menyebabkan banyak kawasan lumpuh dan terputus hubungan.
Dikuasakan oleh Blogger.