Header Ads

Didakwa 50 mangsa tebusan lelaki bersenjata

Beberapa kakitangan dan pelayan kafe yang menjadi mangsa tebusan kelihatan melekatkan tangannya di cermin tingkap kafe yang ditawan.
Dilaporkan ada puluhan mangsa tebusan di dalam kafe Lindt di Sydney, berikutan dua lelaki bersenjata menyerbu dan menawan para pengunjung kafe berkenaan.

Menurut bos kafe Lindt, Steve Loane, terdapat kira-kira 40 hingga 50 orang yang ketika ini sedang berada bersama suspek bersenjata yang kelihatan membawa bendera berwarna hitam dengan tulisan Arab.

Menurut sumber lain, seperti dimuat News.com.au, hari ini, sejumlah 13 orang tebusan yang berkumpul di dalam kafe bersama lelaki bersenjata.

Puluhan anggota polis sudah diarahkan ke lokasi dan mengepung kafe berkenaan disamping penduduk sekitar diarah untuk menjauhi kawasan Martin Place tersebut.

Menurut saksi yang melihat kejadian berkata, mangsa tebusan diarah duduk oleh suspek sementara seluruh pintu kafe turut dikunci. Saksi penduduk sekitar dilaporkan melihat seorang lelaki membawa beg sukan yang dipercayai mengandungi senjata api.
Dikuasakan oleh Blogger.