Header Ads

Ikan aneh hidung panjang ditemui nelayan

Ikan aneh memiliki hidung panjang ditangkap nelayan di perairan Artic, Kanada.
Para nelayan di kawasan perairan Artic, Kanada, terkejut dengan seekor ikan aneh hasil tangkapan mereka yang mempunyai hidung panjang dan bahagian badan kecil.

Dipetik dari Daily Mail, kelmarin, para saintis mengenalpasti haiwan laut itu adalah ikan chimaera berhidung panjang yang amat jarang ditemui. Ikan yang hanya boleh hidup di laut dalam itu mempunyai hidung panjang, mulut dengan gigi tajam bergerigi, tulang belakang berduri, dan badan seperti dilapisi sesuatu yang menyerupai agar-agar.

"Ikan ini ditangkap berhampiran dengan daerah utara Nunavut di Selat Davis," ujar salah seorang nelayan berkenaan.

Pada mulanya, para saintis percaya, ikan aneh berkenaan mirip ikan yu goblin, namun akhirnya dikenal pasti ikan itu dari spesis chimaera atau haiwan bertulang lembut dari spesis Chimaeriformes, kerap dipanggil ghost shark (jerung hantu), Rat Fish, atau Fangtooth yang habitatnya terdapat di lautan dalam yang tidak pernah dimakan manusia.

Ikan ini berhidung panjang, mempunyai ekor seperti cemeti (penyebat) dan boleh membesar atau memanjang hingga 3 meter.
Dikuasakan oleh Blogger.