Header Ads

#illridewithyou: Sokongan moral buat warga Muslim Australia selepas insiden tawan kafe di Sydney

Puluhan ribu mesej muncul di media sosial untuk menyokong warga Muslim di Australia selepas insiden tawanan lelaki bersenjata di Sydney dibimbangi akan mencetuskan 'Islamophobia' atau kebencian terhadap umat Islam di negeri kangaro itu.

Mesej-mesej dengan hashtag #illridewithyou bermula dari sebuah catatan yang ditulis pengguna Facebook, Rachael Jacobs.

Rachael, wanita berdarah asal Australia itu menceritakan dalam laman sosialnya kisah bagaimana seorang wanita Muslim yang duduk di sebelahnya dalam Keretapi yang trauma dengan insiden tebusan yang berlaku.

Wanita berkenaan secara diam cuba melucutkan jilbabnya kerana dipercayai bimbang akan menjadi sasaran kemarahan warga Australia. Namun Rachael akan memintanya untuk memakai kembali tudungnya itu sambil menenangkannya.

"Saya katakan 'pakai (tudung anda) kembali'. Saya akan berjalan bersama anda. Beliau menangis dan memeluk saya selama hampir satu minit," kata Rachael, seperti dipetik dari BBC, semalam.

Kisah Rachael dan wanita berjilbab tersebut telah tercetus idea pengguna Twitter untuk menggunakan hashtag #illridewithyou sebagai satu bentuk sokongan moral terhadap warga muslim.

Usaha murni itu telah mendapat sambutan sangat positif oleh pengguna Twitter Salim Kassam yang menulis menjadi Muslim boleh menakutkan selepas berlaku serangan pengganas.

"Terima kasih Australia untuk #illridewithyou," tulis Salim Kassam.

Sokongan moral itu tidak hanya di alam maya, bahkan ramai pengguna media sosial secara ikhlas menggunakan hashtag untuk menyampaikan hasrat mendampingi warga Muslim yang membuat perjalanan dengan pengangkutan awam.

Twitter Australia memberitahu, dalam tempoh dua jam terdapat 40,000 mesej dengan hashtag tersebut dan angkanya terus meningkat menjadi 150,000 dalam tempoh empat jam.

Kebimbangan warga Muslim timbul berikutan insiden tebusan di Sydney telah terpapar gambar bendera hitam dengan kalimah syahadah di tingkap kafe Lindt.

Ketua Majlis Ulama Australia sebelum ini secara tegas menyatakan bahawa tindakan keganasan di kafe Sydney itu jelas tidak dapat diterima sambil mengecam tindakan tersebut.

"Dengan tegas kami mengutuk kejadian jenayah ini. Kami berjanji akan memberikan sokongan penuh dan solidariti kepada keluarga mangsa," demikian kenyataan rasmi Majlis Ulama Australia, seperti dipetik dari Businessinsider.

Majlis Ulama turut berharap insiden ini dapat diselesaikan secara aman.
Dikuasakan oleh Blogger.