Header Ads

Kanada ikut Britain tutup kedutaan di Kaherah

Kerajaan Kanada semalam telah menutup kedutaannya di ibu negara Mesir, Kaherah kerana kebimbangan berkaitan keselamatan.

Namun tiada sebarang penjelasan terperinci tentang penutupan itu, namun catatan di laman webnya menyebut perkhidmatan konsulat mungkin dihadkan "kerana keadaan keselamatan yang tidak menentu."

Sebelum itu, kedutaan Britain turut ditutup pada Ahad. Pegawai kerajaan Britain tidak memperincikan akan ancaman yang dihadapi dan tidak disebut bila pejabat kedutaan itu akan dibuka semula.

Agensi berita Reuters memetik sumber yang menyatakan, mungkin penahanan yang disyaki militan oleh pihak berkuasa Mesir mendakwa tentang rancangan kumpulan itu menyasarkan kedutaan asing.

Sementara itu, kedutaan AS di Kaherah telah dibuka pada hari Isnin.
Dikuasakan oleh Blogger.