Header Ads

Lelaki bersenjata tawan sebuah kafe di Sydney

Sejumlah tebusan berada di dalam The Lindt chocolate cafe Martin Place sementara lokasi berkenaan telah pun dikepung oleh pihak polis.
Dua lelaki bersenjata telah menawan sebuah kafe di Sydney, The Lindt chocolate cafe Martin Place yang ada sejumlah tebusan di dalamnya termasuk pelayan kafe.

Seperti dilaporkan BBC, hari ini, kejadian berlaku pada pagi ini, kira-kira jam 9.00 pagi waktu tempatan.

Dalam siaran langsung pelbagai stesen televisyen, kelihatan ada 2 suspek yang tangannya kelihatan mencabar pihak berkuasa melalui tingkap. Salah seorang daripada mereka membawa bendera hitam dengan tulisan Arab.

Wartawan ABC melaporkan, terdengar bunyi tembakan di sekitar lokasi kejadian namun ia belum dapat dipastikan dari mana punca tembakan tersebut.

Wartawan media Seven turut melaporkan, berdasarkan keterangan pakar terorisme, bendera yang dibawa suspek dipercayai bendera Al-Qaeda. "Martin Place kini seperti kawasan hantu," ujar dia.
Dikuasakan oleh Blogger.