Header Ads

Mesir hukum mati empat anggota Ikhwan

Pemimpin Ikhwan Muslimin, Mohammed Badie.
Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati terhadap empat anggota Ikhwan Muslimin. Namun keputusan itu baru dapat dilaksanakan selepas mendapat kata putus dari pihak berkuasa agama di negara itu.

Mereka didakwa di mahkamah berkaitan atas pertembungan yang berlaku berdekatan ibu pejabat Ikhwanul Muslimin pada 30 Jun 2013, empat hari sebelum penggulingan Presiden Mohammed Morsi. Dalam pertembungan itu, 11 orang terbunuh dan 91 orang tercedera. Semua defendan dituduh melakukan pembunuhan dan pemilikan senjata api, selain dakwaan lain.

Keputusan akhir berkaitan nasib semua defendan dijadualkan akan dibuat pada 28 Februari 2015 akan datang. Dua tertuduh yang ditangkap sebagai pencetus pertembungan itu adalah pemimpin tertinggi Ikhwan Mohammed Badie dan timbalannya Khairat al-Shater.

Kedua-dua mereka tidak termasuk di antara empat defendan yang dijatuhi hukuman mati berkenaan. Namun Badie dijatuhi hukuman mati dalam kes lain.

Seramai 22,000 orang telah ditangkap sejak penggulingan Morsi, termasuk sebahagian besar pemimpin Ikhwan Muslimin, serta aktivis non-Islam yang ditahan polis ketika protes.
Dikuasakan oleh Blogger.