Header Ads

MP kantoi main game 'Candy Crush' ketika sidang

Seorang ahli parlimen parti konservatif Britain, Nigel Mills, menjadi buah mulut orang ramai selepas kantoi sedang bermain game 'Candy Crush' ketika sidang Dewan Rendah Parlimen Britain berlangsung.

Gambar Mills sedang bermain Candy Crush di tabletnya menjadi berita utama surat khabar terkenal Britain, The Sun semalam.

Mills tidak menafikan berita berkenaan, malah tanpa segan menambah, beliau bermain games tersebut selama dua jam setengah.

Sidang berkenaan sedang membincangkan isu reformasi pencen dan industri insurans.

Berkata kepada The Sun, Mills memberi alasannya bermain Candy Crush kerana sidang dalam hari itu amat membosankan dan beliau tidak dapat fokus.

"Memang sepatutnya saya tidak melakukan (perkara) itu, tapi silakan tanya dalam ahli parlimen lain, adakah saya dapat menjawab atau menanyakan perkara-perkara serius dalam sidang tersebut," tegasnya.

Disebabkan tindakannya itu, Dewan Rendah Parlimen akan melakukan pemeriksaan lebih lanjut, malahan menurut jurucakap dewan menyatakan Mills terancam dipecat dari keanggotaan Dewan Rendah Parlimen Britain.

Candy Crush merupakan salah satu game yang paling banyak dimuat turun pada 2013.
Dikuasakan oleh Blogger.