Header Ads

Pengganti Rodgers di Liverpool?

Frank De Boer, calon pengurus Liverpool?
Masa depan Brendan Rodgers bersama Liverpool dilaporkan bakal berakhir selepas prestasi pengurus berasal dari Ireland Utara itu menurun di awal musim 2014-15.

Liverpool terus tersadung selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara di bawah Rodgers, manakala di Liga Premier (EPL), mereka masih sekadar di kedudukan 10 carta liga.

Situasi berkenaan lebih teruk berbanding apa yang mereka raih di musim 2013-14. Pada masa itu, The Reds mampu bersaing dengan Manchester City dan Chelsea sehingga mereka berjaya menduduki tangga kedua liga pada akhir musim.

Musim ini, Liverpool tampil tidak konsisten selepas ditinggal Luis Suarez yang berhijrah ke Barcelona menyebabkan mereka seolah-olah tidak mampu bersaing dengan pasukan gergasi EPL dan Eropah.

Kehadiran pemain-pemain baru, seperti Mario Balotelli, Adam Lallana, Rickie Lambert, Emre Can, dan Lazar Markovic tidak memberikan sebarang momentum besar buat skuad The Anfield Gank.

Akibat kemerosotan prestasi itu, Liverpool dilaporkan sedang merancang melucutkan jawatan Rodgers dalam tempoh terdekat. Sebagai penggantinya, mereka berusaha memancing Frank De Boer yang kini melatih Ajax Amsterdam

Namun dilaporkan De Boer tidak berhasrat untuk meninggalkan Ajax dalam masa terdekat.

"Jika Liverpool datang sekarang, pasti beliau akan terus menutup pintu. Perkara itu pernah dilakukannya pada dua tahun lalu," kata Ronald De Boer, saudara kandung Frank De Boer.

Selain Liverpool, De Boer juga sempat diintai Tottenham Hotspur, namun kelab berasal dari London itu akhirnya memilih Mauricio Pochetino sebagai pengurus pasukan di musim ini.
Dikuasakan oleh Blogger.