Header Ads

Piala Liga: Chelsea benam Derby 3-1, layak ke separuh akhir

Chelsea menewaskan Derby County 3-1 di pusingan lima Piala Liga (Piala Capital One) di Stadium iPro pada Selasa sekaligus layak ke peringkat separuh akhir.

Di babak pertama Chelsea kelihatan berbahaya saat menyerang, tetapi kesulitan untuk mencetak gol.

Pada minit ke-23, Chelsea mendahului 1-0 melalui Eden Hazard selepas pemain pertahanan Derby melakukan kesilapan membuatkan Cesc Fabregas tangkas merebut bola sebelum menghantar ke Hazard yang kemudian menjaringkan gol.

Derby mendapatkan peluang terbaiknya di minit ke-51 apabila Johnny Rusell berjaya melepasi John Terry dan menghantar bola kepada Will Hughes, namun tendangan Hughes dapat diselamatkan Petr Cech.

Lima minit kemudian, Felipe Luis menggandakan jaringan Chelsea dengan tendangan bebasnya yang melewati Lee Grant. Ia adalah gol pertamanya bersama Chelsea.

Derby mendapat gol saguhati apabila Craig Bryson menjaringkan gol di minit ke-71 selepas menerima umpanan Russell.

Minit ke-78, Jake Buxton diperintah keluar padang oleh pengadil kerana mendapat kad merah selepas melanggar Remy.

Berkelebihan jumlah pemain terus meletakkan Chelsea terus cemerlang apabila gol ketiga berjaya diperolehi melalui Andre Schurrle pada minit ke-82.
Dikuasakan oleh Blogger.