Piala Liga: Sterling bantu Liverpool layak ke separuh akhir
![]() |
Raheem Sterling jaringkan dua gol bantu Liverpool layak ke separuh akhir Piala Liga. |
Liverpool membuka jaringan melalui torehan Raheem Sterling pada minit ke-20 selepas menerima umpanan Jordan Henderson.
Gol tersebut membangkitkan semangat para pemain Liverpool apabila selang hanya tujuh minit, anak buah Brendan Rodgers itu berjaya menambah jaringan melalui Lazar Markovic.
Sepanjang separuh pertama, Liverpool terus mengasak dan beberapa kali mencipta peluang keemasan melalui Sterling dan Philippe Coutinho. Akan tetapi, Bournemouth bernasib baik kerana aksi cemerlang penjaga gol Artur Boruc.
Namun begitu, babak kedua bermula, Liverpool menambah satu lagi gol melalui jaringan kedua Sterling pada minit ke-51 selepas mendapat umpanan Adam Lallana.
Bournemouth menjarakkan kedudukan menjadi 3-1 pada minit ke-57 hasil gol Dan Gosling apabila melepaskan sepakan melepasi penjaga gol Liverpool, Brad Jones.
Post a Comment