Header Ads

PKR tanpa PAS

Parti Keadilan Rakyat telah membuat cubaan untuk sesi ceramahnya tanpa kehadiran PAS. Beberapa siri ceramah telah dibuat dan pada 13 Disember 2014 (semalam) Ketua Umum telah diturunkan dengan gandingan mantap Sdr Rafizi (tapi tidak hadir).

Ceramah di Dataran Rakyat, Jalan Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur (Hadapan Poliklinik Beserah), adalah tempat yang dikatakan strategi dan beberapa tahun lalu kehadiran telah melepah tapi kali ini tanpa PAS nampak macam sunyi dan kehadiran yang dilihat tidak menampakkan kebiasaan bagi Ketua UMUM seperti DSAI.

Mengikut maklumat sumber kami terima, ceramah ini diatur dengan baik. Cuaca pun baik juga. Publisiti dijalankan dengan baik. Kenapa kehadiran tidak seperti diharapkan?

Ada sumber mengatakan bahawa orang bawahan (rakyat yang menyokong pembangkang) telah jemu dengan 'permainan' politik Pakatan Rakyat yang banyak menyalahkan PAS sedangkan masalah sebenar bukan disebabkan parti berkenaan.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Pahang tetapi juga berlaku di Terengganu mengikut kata maklumat PKR. Kehadiran Nurul juga tidak mendapat sambutan sebagai yang berlaku di beberapa siri ceramah dan program Keadilan di Terengganu.

Mengikut sumber faktor penyebab juga dikaitan dengan PASMA dimana penyokong PAS Terengganu menolak sama sekali PASMA.

Misalnya Forum PASMA di Dungun hanya dihadiri oleh 42 orang sahaja manakala ceramahnya pada malam tersebut hanya sekitar 150 orang walaupun yang hadir adalah tokoh utama Keadilan dan PASMA.

Mengikut sumber dalam PKR, PASMA bukan membantu PR tetapi lebih kepada memecahkan lagi PR dimana hubungan PAS-PKR menjadi makin parah dengan kehadiran PASMA.

Program Nurul Izzah sebelum ini di Chabang Tiga juga tidak mendapat sambutan kerana sikap Adun Bandar drp PKR Azan Ismail yang dikatakan tidak membuka pejabat dan selalu tidak berada di Kuala Terengganu untuk membantu rakyat di sana sehingga keluar cakap-cakap di antara orang Keadilan sendiri Azan perlu ditukar untuk PRU-14 nanti bagi membaiki imej PKR.

Dengan kehadiran rakyat ke ceramah Anwar yang sememangnya tidak sehebat program-program terdahulu dan sebelum ini, rakyat pelbagai kaum berbondong-bondong untuk mendengar ceramahnya.

Kehadiran yang agak hambar, PKR perlu memikir semula strategi untuk menyingkirkan PAS dalam program-programnya selepas ini.

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/
Dikuasakan oleh Blogger.