Header Ads

Polis serbu lokasi tebusan, 2 terbunuh

Pihak polis mengambil keputusan menyerbu kafe The Lindt Chocolate Cafe Martin Place, Sydney, Australia yang menjadi lokasi tebusan lelaki bersenjata selepas berjam-jam mengepung bangunan kafe itu.

Sekarang tebusan telah berakhir selepas pengepungan berlaku. Seramai dua orang terbunuh dan tiga yang lain tercedera dengan serius, lapor media ABC, semalam.

Tujuh orang antara tebusan telah diselamatkan dari dalam kafe, sementara lima lagi sedang mendapatkan rawatan.

Namun mereka yang terbunuh belum dapat dipastikan identiti mereka termasuk yang mengalami kecederaan. Turut tidak dapat disahkan samada suspek atau polis yang mengalami kecederaan, namun identiti salah seorang suspek telah disahkan bernama Man Haron Maonis.

Ketika ini, pasukan keselamatan Australia termasuk pasukan penembak tepat (sniper) masih berkawal di lokasi kejadian yang menjadi pusat perniagaan Bandar Sydney dan menjadi tempat yang kerap dikunjungi penduduk asing.

Menurut wartawan CNN, Chris Reason berkata, kedua-dua suspek berada dalam keadaan panik dan mula menjerit kepada mangsa tebusan ketika lokasi mereka dikepung pihak polis.

"Suspek memakai kemeja putih dan topi hitam serta membawa senjata," ujar beliau.
Dikuasakan oleh Blogger.