Header Ads

Rakam hubungan seks dengan mayat anak tiri yang dibunuh

Seorang lelaki berusia 53 tahun di Pennsylvania, telah membunuh anak perempuan tirinya yang baru berkahwin, agar beliau dapat membuat rakaman dirinya sedang melakukan hubungan seks dengan mayat anak perempuan tirinya itu.

Dipetik dari Daily Mail, kelmarin, Pendakwaraya di Northampton, John Morganelli memberitahu suspek yang bernama Penns Gregory Graf telah menembak anak perempuan tirinya, Jessica Padgett, pada November lalu.

Graf yang dipercayai mengalami gangguan seksual necrophilia itu, kemudiannya merakam dirinya sedang melakukan gangguan seksual terhadap mayat Jessica. Nechrophilia merupakan gangguan seksual yang berlaku pada seorang pesakit jiwa yang gemar melakukan hubungan intim dengan mayat.

Morganelli memberitahu video rakaman berkenaan telah ditemui dalam komputer milik Graf.

Jessica, 33, kali terakhir kelihatan pada 21 November, ketika beliau pergi ke tempat kerja di sebuah tempat penjagaan anak. Manakala Graf ditangkap lima hari kemudiannya, selepas polis menemui mayat Jessica yang dikebumikan di kawasan rumah ibunya.

Kini Graf telah ditahan atas tuduhan pembunuhan dan tidak dibenarkan ikat jamin. Beliau mengaku pada polis, telah membunuh anak perempuan tirinya, ibu kepada tiga anak yang baru berkahwin dengan pasangannya.

Sebelum itu, Jessica sempat dilaporkan hilang selepas meninggalkan tempat kerjanya, dan tidak pernah kembali. Polis memberitahu pembunuhan berlaku kira-kira 10 minit, selepas beliau kali terakhir kelihatan. Tetapi mayatnya baru dijumpai lima hari kemudiannya.
Dikuasakan oleh Blogger.