Header Ads

Remaja hilang penglihatan kerana rawatan bulu mata di salon

Seorang remaja Rusia telah hilang sebahagian penglihatannya selain menjadi cacat di bahagian mata akibat rawatan bulu mata hanya 3 pound (RM16.50).

Seperti dipetik dari Dailymail, kecacatan itu disebabkan kulit sekitar mata terbakar agak teruk akibat tindakan bahan kimia selepas menerima rawatan berkenaan.

Masha Kuznetsova yang juga penyanyi terpaksa menggunakan make up setiap kali untuk membuat persembahan di pentas menyebabkan ibu bapa remaja 13 tahun itu memutuskan untuk mewarna bulu mata anak perempuannya.

Mereka membawa Masha ke salon kecantikan di Kota Volograd. Pasangan tersebut memberitahu mereka hanya perlu membayar hanya 3 pound untuk mewarna kening dan bulu mata Masha.

Ayah Masha, Sergey Kuznetsov memberitahu salun itu tidak pernah memberi amaran bahawa rawatan berkenaan mempunyai risiko.

"Kami tidak menjangkakan bahawa muka Masha akan cacat, mengalami luka terbakar dan kehilangan penglihatan sebahagian," ujar Sergey.

Sekarang Masha tidak boleh lagi muncul di pentas. Namun yang lebih membimbangkan ialah beliau menanggung kesakitan yang amat akibat malapetaka itu.

"Beliau merupakan seorang yang gembira didekati dan sentiasa gembira, sekarang beliau ketakutan dan hanya mahu bersembunyi di biliknya sepanjang masa," tambahnya.

"Malah pihak salon berkenaan tidak meminta maaf," katanya.

Sergey akan mendakwa salon berkenaan ke mahkamah bagi mendapatkan pampasan.

Seorang pakar makeup, Elena Antonova memberitahu, jika bahan kimia digunakan ketika proses mewarna tidak dicampur dengan baik, maka boleh menyebabkan kejadian seperti yang dialami Masha.
Dikuasakan oleh Blogger.