Header Ads

Rogol penumpang, pemandu teksi Uber ditahan

Seorang pemandu teksi berusia 32 tahun telah ditangkap atas tuduhan merogol penumpangnya seorang wanita berusia 27 tahun di pendalaman Mathura, semalam.

Shiv Kumar Yadav yang bekerja untuk Uber, perkhidmatan tempahan dan membayar teksi serta perkongsian teksi dengan orang lain berasaskan aplikasi dalam talian telah ditahan di kampungnya dan akan dibawa polis Delhi ke bandar.

"Suspek telah ditahan di Uttar Pradesh dan beliau akan dibawa ke Mahkamah New Delhi pada hari Isnin (hari ini)," kata Madhur Verma, Timbalan Pesuruhjaya polis Delhi.

Menurut wanita yang didakwa dirogol pemandu teksi berkenaan, beliau tertidur dalam kenderaan yang dinaikinya itu selepas makan malam di sebuah restoran pada Jumaat.

Wanita dari Delhi itu memberitahu kepada polis, apabila terjaga dari tidur, teksi yang dinaikinya itu sudah pun berada di kawasan terpencil bandar berkenaan.

Pihak polis berkata, hasil pemeriksaan mendapati wanita yang bekerja di bahagian kewangan itu disahkan telah dirogol.

Manakala pihak Uber memberitahu sudah memberi kerjasama dengan pihak polis dalam hal itu.

"Kami prihatin terhadap mangsa jenayah ini dan telah memberi kerjasama kepada polis dalam menjalankan siasatan," kata Uber dalam suatu kenyataan.

Namun, berkemungkinan polis juga akan mendakwa pihak Uber kerana dianggap cuai dalam menyemak sama ada latar belakang pemandu sudah diperiksa dengan betul atau tidak.

Kejadian terkini itu timbul ketika penduduk merasa kebimbangan kepada peningkatan keganasan seksual terhadap kaum wanita di India.
Dikuasakan oleh Blogger.