Header Ads

Samsung tamat perkhidmatan ChatOn messenger

Pengguna telefon bimbit pintar Samsung tidak lagi bersusah payah untuk memadamkan aplikasi ChatOn messenger daripada smartphone mereka selepas ini apabila syarikat gergasi elektronik Korea Selatan itu akan menghentikan perkhidmatan messenger itu menjelang awal tahun depan.

Pengumuman itu dibuat Samsung Electronics Co bagi memberi tumpuan terhadap perniagaan dalam perkhidmatan lain, umum syarikat berkenaan.

"Perubahan dasar operasi perkhidmatan, ChatOn akan ditutup bermula jam 9 pagi pada 1 Februari 2015," kata syarikat Korea Selatan itu.

"Langkah itu datang selaras dengan usaha untuk memenuhi permintaan yang sentiasa berubah-ubah dalam pasaran dan menyediakan perkhidmatan yang berbeza kepada pengguna dengan memberi tumpuan kepada bidang lain seperti kesihatan dan perniagaan telefon mudah alih," katanya.

Pengguna ChatOn dapat menyimpan rekod perbualan mereka, gambar dan video yang dikongsi melalui messenger berkenaan sebelum penamatan operasi perkhidmatan messenger itu, katanya.

Dilancarkan pada bulan Oktober 2011, ChatOn telah telah tersedia di 200 buah negara dalam pelbagai platform telefon mudah alih, termasuk Android, iOS, BlackBerry dan Windows. Namun perkhidmatan itu masih gagal untuk mendapatkan tempat dalam pasaran secara meluas.
Dikuasakan oleh Blogger.