Header Ads

Spesifikasi Samsung Galaxy S6 telah didedah

Samsung dijangka akan memperkenalkan pengganti Galaxy S5 pada suku pertama 2015.

Walaupun pelancarannya masih belum diumumkan, namun beberapa laman web berkaitan telefon pintar dan aplikasi android telah pun mendedahkan spesifikasi Samsung Galaxy S6 yang bakal dilancarkan itu.

Dalam sebuah web berasal dari China, CNMO, telah memaparkan 'screenshot' mendedahkan spesifikasi Samsung Galaxy S6 dalam laman AnTuTu.

Mengikut spesifikasi Samsung Galaxy S6 yang telah didedahkan oleh laman berkenaan, telefon pintar terbaru keluaran Samsung itu akan dilengkapi dengan kamera belakang 20 Megapixel, kamera menghadap ke depan 5 Megapixel, dan saiz display 5.5 inci HD Quad (1440 x 2560).

Selain itu, telefon pintar dengan nombor kod SM-G925F ini juga turut akan dilengkapi dengan pemprosesan (processor) 64-bit, octa-core Exynos 7420 dengan ARM Mali-T760 GPU, Android 5.0 Lollipop, 3 GB RAM, dan memori dalaman 32 GB.

Dari segi reka bentuk, Galaxy S6 akan diperbuat daripada aluminium (walaupun hanya sebahagian) seperti model telefon pintar terbaru yang telah dikeluarkan Samsung seperti Galaxy Alpha, Galaxy A5, dan Galaxy Note 4.

Selain versi biasa, Samsung Galaxy S6 turut akan mempunyai versi lain, iaitu Samsung Galaxy S6 Edge yang mempunyai skrin lengkung seperti Galaxy Note Edge.

Melihat kepada model keluaran terdahulunya, Samsung Galaxy S5, yang diumumkan pada bulan Februari dan dilancar pada bulan April, Galaxy S6 dijangka akan diperkenalkan dalam tempoh yang sama tahun depan, demikian seperti yang dilaporkan oleh Phone Arena.
Dikuasakan oleh Blogger.