Header Ads

Terburuk dalam sejarah negara, hampir 70 ribu dipindahkan

Pemandangan dari udara keadaan banjir di Kelantan semalam.
Banjir terburuk dalam sejarah negara kini semakin buruk apabila hampir 70 ribu mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan.

Menurut laporan Bernama, setakat malam tadi, 69,549 orang mangsa banjir telah dipindahkan.

Kelantan merupakan negeri paling teruk dilanda banjir apabila 34,955 orang mangsa telah berpindah di 9 daerah yang dilanda banjir.

Antara daerah yang teruk dilanda banjir ialah Kuala Krai, Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.

Di Terengganu, 29,082 orang mangsa telah dipindahkan. Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Besut dan Hulu Terengganu.

Manakala di Perak, seramai 5,512 orang telah berpindah melibatkan di tiga daerah yang dilanda banjir.

Antara daerah yang terjejas ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Perak Tengah.

Negeri-negeri lain yang turut terlibat ialah Perlis (256 orang mangsa dipindah) dan Kedah (76 orang).
Dikuasakan oleh Blogger.