Header Ads

Tiga tebusan berjaya lari dari tawanan lelaki bersenjata

Tiga tebusan dilaporkan berjaya melarikan diri dari tempat tawanan lelaki bersenjata di sebuah kafe di Sydney.

Maklumat media di Australia, para tebusan melarikan diri melalui pintu kecemasan yang digunakan ketika berlaku kecemasan atau kebakaran.

Walau bagaimanapun, polis Australia belum mengesahkan kejadian itu dan akan menjalankan siasatan samada mereka tebusan atau hanya penduduk sekitar yang lari dari bangunan berhampiran Lindt Cafe yang cuba menyelamatkan diri.

Selain itu, Polis Negeri Kangaro itu juga tidak menjawab ketika ditanya identiti ketiga orang yang berjaya menyelamatkan diri tersebut.

"Mereka sedang disoal siasat mengenai apa yang sebenarnya berlaku," sebut polis seperti dilaporkan New Indian Express, semalam.
Dikuasakan oleh Blogger.