Tiga terbunuh termasuk lelaki bersenjata
Pengurus kafe Lindt, Tori Johnson yang terbunuh dalam insiden tebusan kafe di Sydney. |
Selepas 17 jam menjadi tebusan di dalam kafe bersama puluhan orang yang lain, Johnson bertindak untuk bangkit melawan suspek. Lelaki berusia 34 tahun itu terbunuh selepas bergelut dengan lelaki bersenjata itu dalam kafe berkenaan.
Tindakan pengurus kafe itu telah memberi ruang kepada ramai tebusan lain untuk melarikan diri walaupun akhirnya nyawa beliau melayang selepas lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ke arahnya.
Bunyi tembakan di dalam kafe itu menyebabkan pasukan polis yang mengepung lokasi berkenaan terus membuat serbuan ke dalam kafe.
Mangsa lain ialah seorang wanita, Barrister Katrina Dawson, 38 tahun, meninggal dalam perjalanan ke hospital kerana mengalami serangan jantung.
![]() |
Man Haron Monis, lelaki bersenjata kelahiran Iran yang menawan kafe di Sydney. |
Monis dilaporkan pernah terlibat beberapa kes termasuk kes penghinaan terhadap ibu bapa tentera Australia yang terkorban ketika bertugas di luar negara.
Lelaki yang lahir di Iran dengan nama Manteghi Bourjerdi itu turut dilaporkan pernah terlibat dengan kes jenayah pembunuhan bekas isterinya, di mana yang menjadi suspek utama kes berkenaan ialah pasangan Monis sekarang.
Namun "Sheik" itu menafikan beliau terlibat dan mendakwa kes berkenaan ialah usaha jenayah terhadap aktivis muslim.
Post a Comment