Header Ads

Tuntutan saman bekas calon PKR ditolak mahkamah

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang bersidang hari ini memutuskan tuntutan saman bekas calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin keatas Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditolak dengan kos.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, kenyataan pihak defendan berkait calon pada pilihan raya umum lalu adalah bersifat umum dan tidak langsung menyebut nama plaintif.

“…….sebagai Presiden PAS dan ahli Majlis Presiden PR, defendan memiliki ‘qualified priviledge’ utk memastikan calon-calon PR adalah berwibawa dan berkeperibadian tinggi.”

“kenyataan Defendan adalah bersifat umum dan langsung tidak merujuk kepada Plaintif. Laporan Kosmo juga tidak menyebut langsung nama Plaintif tapi laporan hanyalah berdasarkan kenyataan umum Defendan atas kapasitinya sbg Presiden PAS,”ujarnya.

Justeru beliau memerintahkan Mohd Shamsul membayar kos RM10,000 kepada Ustaz Abdul Hadi yang juga Anggota Parlimen Marang.

Peguam yang mewakili Ustaz Abdul Hadi, Asmuni Awi berkata kepada pemberita, mahkamah menolak saman itu kerana Abdul Hadi selaku defendan diberikan perlindungan bersyarat oleh undang-undang dalam memberikan ucapan ataupun kenyataan atas kepentingan umum.

“Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

“Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa kata-kata itu tidak merujuk kepada pihak plaintif … pihak plaintif gagal membuktikan bahawa apa yang disebutkan itu memang sebenarnya merujuk kepada plaintif,” kata Asmuni

Mohd Shamsul selaku plaintif diwakili peguam A.Vasudevan hadir manakala Abdul Hadi tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.
Dikuasakan oleh Blogger.