Header Ads

[Video] Menteri Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan zionis

Seorang menteri Palestin Ziad Abu Ein terbunuh dalam satu pertempuran kecil dengan tentera zionis Israel ketika berlaku demonstrasi di kawasan Tebing Barat yang diduduki zionis.

Rakaman video menunjukkan Ziad Abu Ein jatuh ke tanah sambil memegang dadanya, Rabu (10/12).

Beliau menjawat jawatan menteri tanpa portfolio sebagai ketua agensi yang menangani penempatan Israel dan pemisahan sempadan.

Beberapa saksi memberitahu, beliau terkena balingan tin gas air mata, namun ramai menyaksikan Ziad Abu Eind dipukul dan ditolak oleh tentera zionis Israel.

Tentera Israel memberitahu pihaknya menyiasat peristiwa itu. Presiden Palestin menyebut kematian Ziad Abu Ein, 55, sebagai tindakan tidak bertamadun.

Abu Ein bersama puluhan aktivis Palestin dan dari luar negeri telah menyertai protes menentang rampasan tanah.

Mereka merancang menanam anak pokok zaitun di sebidang tanah berhampiran dengan penempatan Yahudi Shilo, yang dipercayai oleh Palestin sebagai tanah yang akan dirampas oleh Israel.

Dalam pertembungan itu, mereka dihalang oleh sekitar 15 tentera zionis Israel sehingga tercetusnya pertempuran kecil.

Peristiwa itu berlaku ketika tercetusnya ketegangan antara Israel dan Palestin.

Dikuasakan oleh Blogger.