Header Ads

[Video] Pesawat tempur nyaris rempuh penonton

Satu rakaman video yang dipetik dari Daily Mail, semalam, detik-detik berbahaya sebuah pesawat jet F-16 yang dikendalikan oleh kapten pasukan aerobatik Turki, Kapten Yusuf Kurt telah terbang begitu rendah menyebabkan orang ramai yang berada di bawahnya menunduk menyelamatkan diri bimbang dirempuh pesawat berkenaan.

Orang ramai yang berkumpul berhampiran landasan di lokasi kejadian tidak menyangka kejadian itu, padahal mereka sanggup mempertaruhkan nyawa semata-mata mahu menyaksikan aksi aerobatik pesawat pejuang walaupun lokasi berkenaan amat berbahaya.

Aksi pemandu berusia 33 tahun itu ketika terbang rendah menghampiri landasan benar-benar menakutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Keesokannya, pihak berkuasa melakukan siasatan jika ada sebarang kerosakan pada pagar yang memisahkan jalanraya dan peminat dengan lapangan terbang itu.

Pasukan aerobatik Tentera Udara Turki, Solo Turk, telah menggunakan jet pejuang F-16 untuk mempamerkankan kemahiran mereka pada ulang tahun ke-100 Tentera Udara Turki pada April 2011.

Sejak dimuat naik pada bulan Julai lalu, video berkenaan telah ditonton lebih 2.1 juta kali.

Dikuasakan oleh Blogger.