Header Ads

12 terbunuh dalam serangan pejabat majalah kontroversi Paris

Imej video menunjukkan seorang pegawai polis (kabur) ditembak oleh lelaki bersenjata. -Sky News
Sekurang-kurangnya 12 terbunuh dan empat mengalami kecederaan parah dalam serangan ke atas pejabat penerbitan majalah Charlie Hebdo di Paris, semalam.

Menurut jurucakap presiden, yang terbunuh termasuk editor majalah berkenaan, tiga kartunis politik dan seorang pegawai polis yang dilaporkan dibunuh dalam jarak dekat seperti dimuatkan dalam sebuah rakaman video.

"Tidak syak lagi, ini adalah serangan pengganas," kata presiden Francois Hollande sebelum dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar kabinetnya di Istana Elysee, semalam.

Tiga suspek terlibat

Suspek serangan terhadap pejabat penerbitan majalah Paris, dari kiri, Cherif Kouachi, dan Said Kouachi (kanan).
Serangan ke pejabat majalah Charlie Hebdo didakwa telah dilakukan tiga lelaki bersenjata lengkap di District ke-11 Paris dan mereka melepaskan tembakan di dalam ruangan pejabat berkenaan, beritahu seorang jurucakap polis Luc Poignant seperti dipetik CNN.

Serangan yang berlaku berhampiran kawasan bersejarah Place de la Bastille itu turut mencederakan sekurang-kurangnya tiga pegawai polis, ujarnya.

Suspek warga Perancis

Polis Perancis semalam telah mengenal pasti tiga suspek dan berkata seorang pernah disabitkan dengan tuduhan keganasan pada tahun 2008 kerana membantu pemberontakan Iraq dan telah dijatuhi hukuman 18 bulan penjara.

Dua pegawai polis yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu kepada Associated Press (AP), suspek adalah warga Perancis iaitu Said Kouachi dan Cherif Kouachi, berumur lingkungan awal 30 an, dan seorang lagi, Hamyd Mourad, berusia 18 tahun, namun kerakyatan mereka belum dikenal pasti .

Kesan tembakan suspek terhadap cermin di pejabat penerbitan majalah Charlie Hebdo, Paris.
Salah seorang daripada pegawai polis berkenaan menambah, suspek ada kaitan dengan rangkaian pengganas di Yaman. Kini dua suspek telah diburu sementara seorang lagi dilaporkan telah menyerah diri.

Seperti pernah mendapat latihan ketenteraan, suspek bergerak dengan tangkas sebelum kemudiannya melarikan diri selepas melakukan serangan pada jam 11:30 pagi Rabu ke atas pejabat Charlie Hebdo.

Tindak balas hina Nabi

Serangan berkenaan dilaporkan sebagai tindak balas terhadap majalah yang pernah dilanda kontroversi dengan sindiran dan penghinaan kepada umat Islam termasuk menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW pada tahun 2011 sebelum baru-baru ini pernah menghantar dalam Twitter kartun pemimpin ISIS Abu Bakr al-Baghdadi yang sedang diburu.

"Kami telah menuntut bela maruah nabi!" jerit suspek seperti yang didakwa oleh saksi kepada Sky News.

Pada 2011, pejabat majalah berkenaan pernah dibakar kerana menyiarkan karikatur kartun Nabi Muhammad selain pernah juga dibakar gara-gara menghina undang-undang Islam di cover majalah berkenaan. -WarkahDaily
Dikuasakan oleh Blogger.