Header Ads

Bas khas untuk wanita di Nepal, elak gangguan seksual

Nepal telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan khas untuk wanita di bandar Khatmandu sebagai langkah menghalang peningkatan angka gangguan seksual terhadap wanita yang sering berlaku di bandar berkenaan.

Bharat Nepal, ketua syarikat yang memberikan perkhidmatan itu berkata, matlamatnya ialah bagi memastikan kaum wanita melakukan perjalanan dengan lebih selesa dan selamat.

Bharat menambah, syarikatnya, Persatuan Pengusaha Pengangkutan Bagmati, menyediakan empat bas mini dengan kapasiti 17 kerusi akan menjalani laluan utama di Kathmandu pada waktu sibuk.

Menurut kajian Bank Dunia 2013, kira-kira satu perempat wanita muda di Nepal menjadi sasaran gangguan seksual dalam pengangkutan awam.

Menurut undang-undang Nepal, semua bas di Khatmandu mesti menyediakan tempat duduk khas untuk kaum wanita, namun ia tidak dikuatkuasakan dengan serius.

Menurut Bharat, ketika ini hanya seorang konduktor wanita bagi empat bas miliknya namun matlamatnya ialah semua bas khas wanita itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh wanita.
Dikuasakan oleh Blogger.