Header Ads

Ronaldo tidak akan kembali ke Man United

Pemain tengah Angel di Maria percaya bekas rakan sepasukannya pada Real Madrid Cristiano Ronaldo tidak akan kembali ke Manchester United.

Walaupun Ronaldo pernah mendedahkan perasaan dirinya sayang Man United, namun Di Maria begitu yakin Ronaldo tidak akan kembali bermain untuk kelab yang dikenali 'Red Devils' itu.

"Saya tidak fikir dia akan kembali ke Manchester. Sukar untuk dia melepasi dari Real Madrid. Mungkin, tapi saya fikir dia gembira (di Madrid) dan saya tidak melihat dia ingin berubah, "ujar Di Maria.

Di Maria menyertai Man United dari Madrid dengan nilai pemindahan 59.8 juta pounds (RM324.08 juta) pada musim panas. Pemain dari Argentina itu sebelumnya membantu Madrid meraih "La Decima" atau gelaran juara Eropah ke-10.
Dikuasakan oleh Blogger.