Header Ads

Dua aktivis separuh bogel ganggu persidangan Islam

Satu persidangan Islam yang sedang berlangsung di Pontoise barat laut Paris kelmarin bertukar menjadi kecoh apabila dua aktivis Femen topless (separuh bogel) telah mengganggu persidangan berkenaan dengan melompat naik ke pentas dan memaksa dua panel yang sedang berucap untuk meninggalkan pentas sambil wanita berkenaan menjerit beberapa slogan sehingga memaksa pihak keselamatan mengheret mereka keluar.

"Tiada siapa yang boleh memaksa saya patuhi (kamu)," tertera perkataan yang dicat pada buah dada wanita berkenaan.

Ketika kejadian, anggota persidangan berkenaan berundur dengan segera sementara pasangan separuh bogel itu mengambil alih mikrofon.

Menurut laporan mendakwa bahawa kedua-dua panel sedang membincangkan isu "lelaki dibenarkan untuk memukul isteri mereka atau tidak, menurut ajaran Islam".

Keadaan kecoh itu menyebabkan pengawal keselamatan terpaksa bertindak dengan cepat mengheret mereka keluar dari pentas.

Sebelum persidangan, didakwa hampir 6,000 orang telah menandatangani satu petisyen memprotes persidangan berkenaan.

Keaadaan huru-hara itu dipercayai dilakukan oleh wanita daripada kumpulan feminis kontroversi, Femen yang terkenal dengan protes separuh bogel mereka.

Femen adalah kumpulan yang ditubuhkan di Ukraine pada tahun 2008 dan kini berpangkalan di Paris. Kumpulan berkenaan terkenal dengan protes yang melampaui batas dan kontroversi. Mereka sifatkan ideologi mereka mempunyai tiga -isme: sextremism (seksualiti wanita terhadap bapa), ateisme, dan feminisme.

Kumpulan tersebut telah melakukan beberapa serangan berbogel di negara-negara yang berbeza, termasuk Ukraine, Perancis, Sweden, dan juga Tunisia.

Pada 1 Mei, aktivis Femen mengganggu sambutan Hari "Marine Le Pen’s May" pada perhimpunan yang dianjurkan oleh parti Barisan Kebangsaan Perancis di Paris.

Tahun lepas, kumpulan pelampau ini turut mengganggu Majlis Minggu Islam Berlin yang diadakan di sebuah dewan di bandar raya berkenaan terpaksa dihentikan selepas anggota kumpulan berkenaan menyerbu masuk ke dewan itu dengan slogan menghina Islam pada tubuh mereka.

Tiga wanita berkenaan turut menaiki pentas di tempat beberapa penceramah berbincang mengenai Islam. Selain slogan mencaci Islam, mereka turut mengibarkan sepanduk sambil menjerit.
Dikuasakan oleh Blogger.