Header Ads

Pelarian Syria jalan kaki 200 km ke Jerman

Selepas beberapa hari ditahan di Stesen Keleti, Budapest, Hungary, pencari suaka seramai kira-kira 1,000 orang warga Syria telah memilih untuk terus berjalan kaki menuju sempadan Austria sebelum ke Jerman. Mereka terdiri daripada lelaki, wanita, kanak-kanak dan warga emas masing-masing telah membawa bersama-sama mereka barang-barang menyusuri lebuhraya yang panjang.

Perjalanan bermula pada pagi Sabtu lepas (4 September) dalam keadaan cuaca panas terik matahari.

Tiada seorang anggota polis dilaporkan menahan mereka bahkan pihak berkuasa keselamatan Hungary telah membantu mereka dengan memberi isyarat jalan yang perlu dilalui disamping mengawal keadaan lalu lintas.

"Kami memilih berjalan kaki saja. (Kami) Tidak mempunyai pilihan," kata seorang pelarian lelaki kepada BBC pada Sabtu (malam-4 Sept.).

Menurut lelaki itu, mereka telah pun berjalan hampir 30 km sambil berhenti-henti beberapa kali untuk berehat kerana bersama-sama mereka adanya isteri dan anak-anak.

"Berjalan ke Austria, kemudian ke Jerman. Kami tidak akan berhenti. Destinasi kami adalah Jerman," jelasnya lagi.

"Keadaan yang amat sukar di stesen (Keleti)," kata seorang lelaki bernama Adnan kepada CNN.

"Saya mempunyai anak, ramai (pelarian) wanita yang sedang mengandung. (Kami) Tiada air, makanan. Tiada apa-apa. Lebih baik jalan kaki 200 kilometer ke Austria. Sebelum kami meneruskan perjalanan ke Jerman," cerita Adnan.

Itulah alasan kenapa beliau dan pelarian lain perlu meninggalkan Budapest meskipun perlu berjalan jauh.

Beberapa orang warga Hungary kelihatan turut memberi air dan makanan kepada para pelarian yang sedang berjalan kaki. Bahkan ada di kalangan mereka yang telah menumpangkan pelarian berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.