Header Ads

Pesawat British Airways terbakar, beberapa cedera

Pesawat penerbangan London, British Airways telah terbakar pada Selasa (semalam) ketika pesawat berkenaan bersedia untuk berlepas dari lapangan terbang di Las Vegas, sehingga menyebabkan penerbangan itu dibatalkan dan para penumpang dan anak kapal dipindah segera.

Menurut pihak Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas, terdapat 159 penumpang dan 13 anak kapal dalam penerbangan tersebut.

Pihak lapangan terbang turut menambah bahawa tujuh orang penumpang telah dirawat kerana cedera ringan.

Jabatan Penerbangan Persekutuan berkata, kebakaran itu berlaku pada enjin kiri sebaris dengan kerusi bernombor 257 Boeing 777 selepas jam 4:00 pagi waktu tempatan.

"Para penumpang diturunkan dari pesawat terbang ke landasan dengan menggunakan gelongsor kecemasan dan dibawa ke terminal," kata jurucakap FAA Ian Gregor kepada AFP.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mencari punca kejadian berkenaan.

Seorang wartawan AFP di lapangan terbang berkata, kebakaran itu dipadamkan dengan cepat daripada merebak oleh kira-kira 50 anggota bomba yang bergegas ke lokasi dalam beberapa minit serta kenderaan kecemasan yang lain.

Penumpang menyifatkan situasi dalam pesawat sangat cemas dengan seorang saksi berkata terdapat "ramai (penumpang) menjerit" ketika asap penuh di bahagian kabin dan anak-anak kapal mengerahkan penumpang menggunakan gelongsor kecemasan.

Beberapa penumpang turut tidak terlepas untuk merakamkan video dan gambar situasi dramatik itu yang memperlihatkan kepulan asap dan api menyelubungi pesawat.
Dikuasakan oleh Blogger.