Header Ads

Toyota Avanza versi baharu tahun 2015

Toyota Avanza versi baharu telah pun dilancarkan apabila model Toyota yang mendapat sambutan menggalakkan itu telah memasuki pasaran Indonesia sebelum Indonesian International Auto Show (IIAS 2015) yang diadakan pada Ogos lalu.

[ads-post]Toyota melalui kilang Astra Daihatsu Motor (ADM) yang terletak di utara Jakarta telah pun mengeluarkan dua model iaitu Toyota Grand New Veloz dan Grand New Avanza. Kedua-dua model berkenaan ditawarkan dengan dua varian enjin, 1.3 liter dan 1.5 liter dengan enjin Dual-VVTI dan menggunakan bahan api petrol.

Untuk varian Veloz 1.5 liter, ia dilengkapi lampu hadapan jenis projektor disamping gril hadapan dengan corak ‘sarang lebah’, lampu kabus sementara kombinasi lampu belakang dan reflektor. Manakala Toyota Grand New Avanza pula memiliki profil sisi yang lebih langsing, dengan kedua-duanya turut tampil dengan rim aloi yang hadir sebagai standard.

Bahagian kabin dalaman bagi kedua-dua varian Toyota Avanza 2015 ini ditampilkan dengan paparan skrin sentuh bersaiz 6.1 inci dengan kebolehan fungsi radio AM/FM serta pemain CD/DVD, dengan sambungan Bluetooth, USB serta iPod.

Disamping itu, bagi Veloz, ianya menerima papan pemuka berwarna hitam dengan stereng balutan kulit yang mempunyai butang kawalan audio, serta rekaan combimeter berwarna merah dan biru. Sementara itu, Grand New Avanza pula ditampilkan dengan papan pemuka berwarna coklat, dengan combimeter yang hadir dalam paparan amber.

Selain itu, terdapat penambahbaikan untuk tahap kesenyapan kabin, disamping aspek keselamatan, yang mana kedua-dua varian ini ditawarkan dengan rasuk impak sisi di antara panel pintu hadapan dan belakang serta sistem ABS sebagai standard.

Bagi memudahkan penumpang barisan ketiga memasuki ruang tempat duduk, tempat duduk di barisan kedua memiliki butang anjaka-sentuhan, bagi melipat tempat duduk tersebut.

Tanda harga yang diletakkan untuk Toyota Avanza Veloz 1.5-liter manual bermula pada 204 juta rupiah (RM60k), sementara automatik pula 216 juta rupiah (RM64k). Manakala bagi Grand New Avanza pula, harganya bermula dari 191 juta rupiah (RM57k).


Dikuasakan oleh Blogger.