Umat Islam di Malaysia sambut Raya Aidiladha 24 September
Pengisytiharan tarikh menyambut Hari Raya Qurban bagi tahun 2015 telah diumumkan malam tadi oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman.
Menurutnya, uumat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidil Adha bagi tahun 2015 adalah pada 24 September (Khamis) depan apabila 1 Zulhijah 1436 Hijrah jatuh pada Selasa, 15 September 2015 (esok).
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1436 Hijrah ialah pada Selasa, 15 September 2015.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 24 September 2015,” katanya ketika mengumumkannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Post a Comment