Header Ads

[VIDEO] Pemuda dirasuk 'bersilat' dalam masjid

Seorang pemuda 'dirasuk' secara tiba-tiba bersilat di dalam masjid sebelum para jemaah ingin menunaikan solat fardhu Zohor telah menjadi viral di media sosial di Singapura baru-baru ini selepas video yang sempat dirakam jemaah masjid itu itu tersebar dalam internet.

Kejadian itu menjadi kecoh sementara sebelum pemuda berkenaan ditangkap serta ditenangkan oleh para jemaah dan kakitangan masjid berkenaan.

Menurut laporan berita MediaCorp, kejadian itu berlaku di Masjid al-Khair pada Selasa lalu sebelum jemaah mengerjakan solat fardu Zohor.

Tidak tahu apa puncanya, lelaki yang sedang histeria itu dilihat mula ‘buka langkah’ menunjukkan aksi silatnya sambil memekik-mekik di dalam dewan masjid.

Berikutan itu, seorang imam masjid dilihat bertindak pantas segera melaungkan azan sebagai usaha bagi menenangkan pemuda tersebut.

Menerusi rakaman video itu, setelah beberapa minit dirasuk, pemuda itu kemudian ditangkap serta ditenangkan oleh para jemaah dan kakitangan masjid.

Difahamkan, pemuda tersebut dibenarkan keluar meninggalkan masjid yang terletak di Choa Chu Kang itu sejurus selepas dia berjaya ditenangkan.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Al Khair, Rashid Ramli mengesahkan kejadian ‘rasuk’ tersebut. Masjid yang dibuka sejak 1960-an itu boleh memuatkan 3,300 jemaah.

Menurutnya, ini bukanlah kejadian histeria pertama berlaku di situ kerana sebelum ini terdapat seorang perempuan turut dirasuk ketika berada dalam masjid itu.

Dikuasakan oleh Blogger.