Header Ads

Alternatif buat penggemar kopi elak tekanan darah

Bagi penggemar minuman kopi, seeloknya ambil perhatian terhadap jumlah pengambilan kafein anda dalam sehari. Jumlah maksimum kafein yang boleh diambil oleh seorang individu dalam sehari paling tinggi 75-80 miligram. Jika berlebihan boleh menyebabkan meningkatnya tekanan darah sehingga mengganggu fungsi jantung.

Malangnya ramai orang yang bergantung pada kopi bagi menjadikan dirinya terjaga dan bertenaga. Walaupun begitu, anda bernasib kerana terdapat beberapa minuman dan makanan alternatif yang memberikan anda kesan seperti kafein bagi menjadikan anda bersemangat dan bertenaga tanpa meningkatkan tekanan darah.

Berikut merupakan antara alternatif yang dipetik dari laman Boldksy.

Air limau

Air lemon mampu bertindak penghidratan terhadap sistem tubuh, meningkatkan imuniti dan penghadaman. Selain itu rasa segar dan sedikit asam mampu menyegarkan otak yang mengantuk.

Mendengar muzik

Salah satu daripada cara bagi menjadikan tubuh yang lebih bertenaga merupakan dengan mendengar lagu-lagu yang bertenaga.

Almond

Kekacang dapat meningkatkan tenaga. Salah satunya badam yang mengandungi Vitamin B dan enzim yang meningkatkan bahan kimia di otak.

Pisang

Secara saintifik, pisang merupakan salah satu daripada cara bagi meningkatkan tenaga tubuh badan. Kurangkan pengambilan minuman kopi dan yang lebih baik mengambil pisang sebagai alternatif.
Dikuasakan oleh Blogger.