Header Ads

Apple diserang malware terbesar dalam sejarah

Buat kali pertama dalam sejarah syarikat Apple Inc berdepan serangan malware terbesar terhadap kemudahan aplikasinya, App Store sepanjang penubuhan syarikat berkenaan.

Perkara itu disedari selepas beberapa syarikat keselamatan mendapati App Store itu telah diserang malware yang dikenali sebagai XcodeGhost.

Malware itu dilaporkan telah dipasang dalam beratus-ratus aplikasi sah yang ada di dalam kemudahan aplikasi tersebut.

Dipetik dari Reuters pada 21 September lepas, Apple segera mengambil tindakan selepas berlakunya serangan terbesar berkenaan.

Menurut syarikat keselamatan siber Palo Alto Networks Inc, serangan malware terhadap kemudahan aplikasi itu adalah yang terbesar yang pernah dihadapi Apple.

Sebelum ini, perkhidmatan App Store pernah diserang malware namun dilaporkan hanya lima aplikasi sahaja yang terlibat.

Pengarah Ancaman Perisikan Palo Alto Network, Ryan Olson mendakwa beliau sangat terkejut dengan pencerobohan itu. Kerana ini merupakan kes besar pertama kali yang melanda Apple.

"Pembangun (aplikasi) kini menjadi sasaran besar," ujarnya.

Dalam menyebarkan serangan, Apple memberitahu, penggodam dilaporkan menyembunyikan kod tercemar malware dalam aplikasi yang terdedah dan memberi keyakinan kepada pembangun aplikasi bagi menggunakan kod berkenaan supaya dimasukkan ke aplikasi Apple.

"Kami telah mengeluarkan aplikasi (tersebut) dari App Store yang kita dapati telah dicipta dari perisian palsu.

Kami telah bekerjasama dengan para pembangun (aplikasi) bagi memastikan mereka menggunakan versi yang tepat dari Xcode bagi membina aplikasi mereka, "ujar jurucakap wanita Apple, Christine Monaghan dalam keterangannya melalui e-mel.

Penyiasat keselamatan memberitahu aplikasi yang dijangkiti antaranya ialah khidmat pesanan mudah alih popular WeChat, aplikasi tempahan pengangkutan Didi Kuadi dan aplikasi muzik NetEase Inc.

Olson memberitahu kod tercemar Xcode kemungkinan dimuat turun para pembangun aplikasi dari sebuah pelayan di China, yang didakwa lebih cepat daripada menggunakan pelayan Apple di AS.

Setakat ini belum jelas berapakah aplikasi yang terkena serangan malware tersebut.

Apple tidak mahu mendedahkan berapakah aplikasi yang terkena, sementara syarikat keselamatan China, Qihoo360 Technology Co menyebutkan sekurang-kurangnya aplikasi yang terkena malware XcodeGhost mencapai 344 aplikasi.

Atas serangan berkenaan, jurucakap Apple malangnya tidak menyebutkan bagaimana langkah yang perlu dilakukan oleh para pengguna iPhone dan iPad.
Dikuasakan oleh Blogger.