Header Ads

Azizah tidak upaya, tak layak jadi ketua pembangkang - Dr Maszlee

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Maszlee Malik berkata perbezaan pendapat mengenai pembentangan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan bahawa hubungan Pakatan Harapan adalah sesuatu yang longgar.

Berkaitan: Undi tidak percaya: DAP ugut PKR tarik balik atau DAP tidak sokong

[ads-post]"Ia menunjukkan bagaimana longgar mereka sekarang. Malah, mereka tidak dapat bersetuju mengenai membentangan usul itu.

Dr Maszlee
"Pakatan Harapan terlalu longgar... Dengan PKR menghadapi masalah bersetuju dengan parti-parti komponen, ini punca apa yang kita saksikan hari ini,” katanya.

Mazlee tidak berdolak-dalik dan terus-terang menyalahkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Semuanya bermula dengan ketidakupayaan beliau menguruskan parti. Dia tidak layak menjadi pemimpin pembangkang.

"Sebagai ketua pembangkang, sebelum meminta Hee membawa usul itu, beliau perlu memanggil semua pemimpin parti terlebih dahulu," katanya.

Katanya, adalah sesuatu yang lumrah, bagi pemimpin pembangkang membentangkan sesuatu usul yang dianggap besar dan penting.

"Ini bukan baru, beliau mengetahuinya. Beliau juga banyak membentangkan (usul) mengenai isu-isu besar pada masa lalu apabila menjadi ketua pembangkang," katanya.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.