Header Ads

Bekas ADUN Umno kena tembak

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat Alias Abdullah dilaporkan telah ditembak di rumahnya sebentar tadi, sebaik beliau kembali dari menunaikan solat Jumaat.

Menurut sumber, seorang Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Marang telah menghantar mesej kepada beliau dan memberitahu perkara tersebut.

“Saya terima berita dari seorang AJK Umno bahagian (Marang) yang memaklumkan Mantan YB alur limbat alias abdullah baru ditembak di hadapan rumahnya tadi.

Beliau telah dikejarkan ke hospital Kuala Terengganu….tunggu berita rasmi nanti,”ujarnya. Menurutnya, Alias telah dikejarkan ke hospital Kuala Terengganu.

Sumber lain menyatakan, beliau telah ditembak oleh dua orang penunggang motosikal yang tidak dikenali dibahagian dapur rumahnya.

Menurut Sinar Harian, mangsa, 51, dilaporkan telah pun meninggal dunia sebentar tadi.

Sumber media lain turut mengesahkan kejadian berkenaan namun tiada perkembangan lanjut berkaitan kejadian yang berlaku setakat ini.

Arwah memegang jawatan Ahli DUN Alor Limbat dari tahun 2004 sehingga 2013 dan beliau pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Marang dari tahun 2004 hingga 2008.
Dikuasakan oleh Blogger.