Header Ads

Bumi terselamat daripada asteroid sebesar 2.6 kilometer

Pada Sabtu lepas (10 Oktober 2015), bumi terselamat daripada sasaran perlanggaran Asteroid 86666 atau 2000 FL 10 selepas ianya dilaporkan tersasar berbanding apa yang dijangkakan.

Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA) mengeluarkan kenyataan minggu lepas bahawa asteroid itu telah pun selamat melepasi bumi pada Sabtu.

Sebelum itu, ramai pihak menyatakan kebimbangan dan panik konon bumi berdepan kehancuran terburuk dalam sejarah jika asteroid itu berlanggar dengan bumi.

"Ia menyebabkan bebas (daripada) ancaman (asteroid)," tulis pejabat Near-Earth Object Program NASA dalam twitter.

Menurutnya, asteroid berkenaan melepasi jarak bumi sejauh 15 juta batu. Jarak berkenaan tersasar berbanding apa yang dijangkakan pihak saintis sebelum ini iaitu 16 juta batu.

Sebagai perbandingan, jarak bulan dengan bumi adalah kira-kira 238,000 batu. Manakala jarak dengan Venus adalah kira-kira 25 juta batu dari bumi.

Menurut pihak NASA, asteroid gergasi itu dianggarkan sebesar 2.6 kilometer (1.5 batu). Saiznya hampir satu perempat Gunung Everest. Ia boleh menyebabkan kawasan negara kecil musnah dan mengorbankan ribuan penduduk jika ia berlanggar dengan bumi.

Asteroid berkenaan telah melintasi berhampiran bumi dengan kelajuan mencapai 40,000 batu per jam.

"Tiada lagi ancaman disebabkan (asteroid)," demikian kenyataan pejabat Near-Earth Object Program NASA dalam satu kenyataan seperti dipetik dari CNN.
Dikuasakan oleh Blogger.