Header Ads

Gara-gara anjing, seorang budak tembak mati jirannya

Selang beberapa hari selepas kes keganasan menggunakan senjata api yang berlaku di Roseburg, Amerika Syarikat yang mengorbankan 10 orang termasuk penembaknya, Pada Sabtu lepas, satu lagi insiden serupa berlaku di bandar kecil Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat.

Malangnya, kali ini mangsa masih berusia 8 tahun dan suspek masih berusia 11 tahun.

Budak lelaki berusia 11 itu berdepan pertuduhan membunuh peringkat pertama di mahkamah juvana. Menurut pihak polis, budak lelaki berkenaan menembak McKayla Dyer, selepas mangsa enggan meminjamkan anak anjing kepadanya.

Kedua-dua mereka tinggal berjiranan dan menurut ibu Kayla, Latasha Dyer, mereka merupakan rakan satu sekolah. Latasha turut memberitahu beliau sedikit bermasalah terhadap suspek kerana sering mengganggu Kayla.

Budak lelaki yang tidak disebut namanya itu telah menembak Nayla dengan senjata laras pendek milik bapanya, dedahkan Sheriff Bud McCoig.

Salah seorang saksi yang melihat kejadian, iaitu jiran berhampiran dengan mereka memberitahu, beliau mendengar satu tembakan telah meletus dan melihat Kayla terus terbaring di rumput.

Suspek kini ditahan di balai polis dan perbicaraan pertama kesnya akan diadakan pada 28 Oktober.

Menurut organisasi The Gun Violence Archive, keganasan penggunaan senjata api melibatkan kanak-kanak di Amerika Syarikat sudah membunuh atau mencederakan sekurang-kurangnya 559 kanak-kanak di bawah 11 tahun, pada tahun 2015.
Dikuasakan oleh Blogger.