Header Ads

Guan Eng berbelit isu bantuan sekolah agama

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah mengeluar kenyataan kononnya bantuan kepada sekolah amaga tak kurang sekupang pun (10 sen). DAP kata PAS berbohong dan membuat fitnah dalam isu ini bila tak bersama Pakatan Rakyat.

Memang bantuan itu tidak kurang, yang dipersoalkan bukan bantuan itu kurang atau tidak tetapi kenyataan PAS ialah ada sekolah yang milik ahli PAS tidak disenaraikan menerima bantuan.

Dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) dan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) tidak disenarikan sebagai penerima bantuan. Kenapa??

Adakah kerana kedua-dua sekolah yang ditadbir urus oleh ahli PAS Pulau Pinang??

Kita bukan mempersoalkan berapa peruntukan itu zaman UMNO dan zaman PR, yang dipertikaikan ialah kenapa sekolah milik ahli PAS diketepikan??

Guan Eng sangat licik dalam hal ini dan membuatkan seolah-olah Pak Lebai suka berbohong dan fitnah sedangkan dia mengalih isu daripada ketepikan 2 sekolah milik ahli PAS kepada isu kononnya tak kurangkan peruntukan.

Manusia yang jahil tentang isu ini akan mengganggap PAS membuat fitnah sedangkan isu sebenar telah diputat belit.
Dikuasakan oleh Blogger.