Header Ads

Isu 1MDB: Arul terima cabaran debat dengan Tony Pua

Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menyahut cabaran Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk mengadakan satu debat secara langsung di televisyen bagi membincangkan mengenai syarikat pelaburan milik negara itu.

Bagaimanapun, katanya, ahli Parlimen DAP itu mesti meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terlebih dulu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Arul berkata, peletakan jawatan itu perlu bagi memelihara integriti jawatankuasa itu yang ketika ini sedang menyiasat mengenai syarikat pelaburan itu selain mengelak konflik berkepentingan.

"Pua mencabar saya pagi ini untuk satu siaran langsung debat dengannya. Saya dengan ini menerima cabaran itu dan tidak sabar untuk menjawab soalan beliau.

"Umum mengetahui Pua ialah ahli PAC yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Bagi mengekalkan integriti siasatan PAC dan mengelak sebarang konflik kepentingan, Pua mesti terlebih dulu meletakkan jawatan dalam PAC," katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.