Header Ads

Isu 1MDB: Tony Pua dicabar berdebat dengan Arul

Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini mencabar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua untuk berdebat secara bersama dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kandasamy berkenaan isu 1MDB.

Penasihat PMSP Ramesh Rao berkata pihaknya sedia menganjurkan debat terbuka itu dan menyediakan lokasinya asalkan kedua-dua pihak bersetuju untuk muncul dan menyatakan hujah masing-masing.

Ketika ini, dua individu berkenaan Tony dan Arul Kanda merupakan antara yang kerap berbalas kenyataan media berkenaan 1MDB di media arus perdana mahupun media sosial.

Tony yang merupakan wakil rakyat dari DAP merupakan anggota di dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bertubi-tubi menyerang 1MDB dengan pelbagai dakwaan dan tanpa berlandaskan fakta.

Arul Kanda segera mengeluarkan kenyataan media bagi menangkis banyak serangan Tony yang disifatkan berulang-ulang dan tidak mempunyai asas yang kukuh.

Bagaimanapun, jika Tony merasakan ada hujahnya yang boleh didebatkan bersama Arul Kanda, eloklah mereka berdebat secara terbuka berkenaan isu ini dan menyelesaikan pertikaian kedua-dua pihak berkenaan 1MDB.

“Saya setuju untuk Tony Pua berdebat dengan Arul Kanda dalam isu ini, dan juga isu lain berkaitan tindakan bersifat perkaumannya dengan kaum India.

“Kita bersedia anjur debat terbuka ini antara Tony Pua dan Arul Kanda,” kata Ramesh kepada pru14.tv hari ini.

Ramesh sebelum ini pun ada menuntut Tony untuk menyatakan dan menyerahkan bukti anda benar beliau mendapati ada penyelewengan berlaku di dalam kes 1MDB.

Biarpun tiada satu bukti pun pernah didedahkan oleh Tony, dia tetap bergerak ke sana sini mengeluarkan kenyataan mengkritik 1MDB dan cuba mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tujuan mendesak beliau meletakkan jawatan.
Dikuasakan oleh Blogger.