Header Ads

JDT lakar sejarah melangkah ke final Piala AFC 2015

Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah bola sepak negara apabila menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang berjaya layak ke perlawanan akhir Piala AFC yang akan melakukan sepak mula bertemu FC Istiklol di Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan pada 31 Oktober ini.

Ia berikutan tindakan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), telah memutuskan perlawanan final Piala AFC 2015 akan menemukan JDT dan kelab Tajikistan, FC Istiklol.

Biar pun layak kerana diberi kemenangan percuma setelah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terpaksa menggantungkan Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) sekali gus menyingkirkan Al-Qadsia daripada aksi separuh akhir kejohanan, namun perjalanan sejauh ini sebagai sebuah pasukan bola sepak dari Malaysia merupakan satu sejarah yang mungkin sukar diulangi lagi selepas ini berdasarkan tahap prestasi bola sepak negara.

Selain JDT, FC Istiklol dari Tajikistan juga turut diberi kemenangan percuma apabila lawan mereka di separuh juga pasukan dari Kuwait iaitu Al-Kuwait.

Dua kelab Kuwait, Kuwait SC dan Qadsia SC yang dijadual beraksi di separuh akhir kedua tidak dibenarkan menjalani sebarang aktiviti di bawah kelolaan badan induk itu selepas FIFA memutuskan penggantungan Kuwait akibat kerajaan mereka bertindak membuat campur tangan terhadap perundangan sukan negara itu.

FC Istiklol juga buat pertama kali mewakili negaranya melangkah ke peringkat final namun kelab dari Tajikistan itu mempunyai kelebihan di halaman sendiri apabila sekadar tewas sekali dalam saingan Piala AFC.

Walaubagaimana pun, FC Istiklol pernah ditewaskan oleh Pahang 3-1 dalam aksi suku akhir kedua Piala AFC di Stadium Darul Makmur.

Apa-apa pun, selamat maju jaya buat kelab dari Malaysia, JDT yang bakal membuka dimensi baru imej bola sepak negara yang teruk merudum sebelum ini.
Dikuasakan oleh Blogger.