Header Ads

Kerana iPhone, dua wanita sanggup bogel

Pengunjung sebuah kelab malam di bandar Berezniki, Rusia, terkejut apabila dua wanita muda tiba-tiba menaiki ke pentas dan menanggalkan seluruh pakaiannya sambil berjoget mengikut irama muzik yang dipasang.

Kedua-dua wanita berkenaan sanggup memalukan diri sendiri kerana sebuah telefon bimbit berjenama iPhone 5S yang ditawarkan kelab itu. Padahal iPhone berkenaan merupakan model lama.

Dipetik dari mirror pada Jumaat lalu, salah seorang wanita yang menaiki pentas terlebih dahulu kelihatan malu kerana masih menutupi bahagian kemaluannya. Bagaimanapun MC menanggalkan penutup berkenaan dan mencampaknya ke arah penonton.

Sementara seorang lagi wanita berkenaan yang juga tidak berpakaian kelihatan naik ke pentas menemani wanita pertama sambil mereka berdua berjoget.

Namun begitu, aksi memalukan dua wanita itu mendapat kecaman hebat pengguna media sosial. Antaranya seorang pengguna laman sosial menulis, "Usaha yang teruk semata-mata kerana telefon bimbit bodoh. Dua wanita itu dan penganjur sama-sama tidak waras."

Kelab di Bandar Berenizki itu dilaporkan kerap melakukan kegiatan yang memalukan dengan membuat pelbagai tawaran hadiah buat pengunjung yang sanggup menerima apa sahaja tawaran mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.